Tuesday, 7 February 2012

Bagaimana Untuk Mendaftar Ahli Baru?


Assalammualaikum wbt.

Memandangkan rangkaian ADAMASA masih baru di Malaysia ini, maka ramai di kalangan kita masih kurang faham dan jelas berkaitan rangkaian dan seterusnya produk ADAMASA ini. Insya Allah, dengan berkat sabar dan usaha tidak mustahil rangkaian ADAMASA ini akan terkenal di pasaran tempatan sebagaimana rangkaian produk yang lain.

Post kali ini kami paparkan cara-cara untuk mendaftar ahli baru. Sila anda rujuk cara-caranya seperti gambar yang telah di print screen di bawah.


Anda perlu menjadi ahli berdaftar terlebih dahulu sebelum anda boleh mendaftar ahli baru. Ahli berdaftar sewajarnya mempunyai no. ID yang bermula dengan MY1*******. Masukkan no. ID dan password anda dan klik butang Login.


Selepas login, sila ke e-Wallet > Statement. Ini adalah bertujuan untuk melihat jumlah E-Point anda.


Anda hanya boleh mendaftar ahli baru sekiranya mempunyai E-Point. Sekiranya anda tidak mempunyai E-Point maka anda tidak boleh mendaftar ahli baru. Minimum E-Point yang diperlukan untuk mendaftar ahli baru ialah 200 E-P. Sekiranya anda tidak mempunyai E-Point, sila berhubung dengan upline anda.


Kemudian, sila ke menu Membership > Geneology Tree > Horizontal Tree. Sila klik untuk ke laman seterusnya.


Selepas masuk ke laman Network Tree (Horizontal)(1/1), sila klik butang "View Organization".


Sila klik pada mana-mana ruangan kosong untuk mendaftar ahli baru. Adalah disyorkan supaya anda memenuhkan setiap level terlebih dulu (sponsor oleh anda) sebelum mendaftar ke level berikutnya.


Selepas memasuki laman Member Registration (1/8), sila semak Sponsor ID dan Upline ID terlebih dahulu sebelum menekan butang Next. Sekiranya anda membantu downline untuk mendaftar ahli baru, sila pinda Sponsor ID pada ruangan terbabit.


Pada laman Member Registration (2/8), sila isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar ahli baru. Sila klik butang Next setelah semua maklumat yang diperlukan diisi.


Pada laman Member Registration (3/8) pula, isikan kuantiti yang dikehendaki berpandukan senarai yang diberikan. Total Product mestilah bernilai 200.00. Selepas siap memilih dan mengisi kuantiti yang diperlukan, sila klik butang Next.


Setelah selesai di laman Member Registration (3/8), anda akan terus ke laman Membership (6/8). Untuk membuat pembayaran melalui e-Wallet, sila masukkan password no. ID anda sepertimana ditunjukkan pada gambar di atas untuk pengesahan. Kemudian, sila klik butang Next.


Seterusnya di laman Confirmation (7/8), semua maklumat ahli baru yang diisi akan dipaparkan semula termasuk jenis produk yang dipilih. Sila klik butang Confirmation untuk pengesahan.

Setelah anda melakukan semua langkah-langkah yang ditunjukkan di atas maka anda telah berjaya mendaftar ahli baru sebagai downline anda. Sistem akan mengambil masa selama 2 hingga 4 hari untuk pengemaskinian sebelum paparan downline kelihatan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...