Tuesday, 28 February 2012

Pengkelasan Produk Fiber ClenBeu


Assalammualaikum wbt.

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat dengan nombor rujukan (34)dlm.KKM-163/S/25Jld.122 bertarikh 6 April 2011 telah mengkelaskan produk Fiber ClenBeu sebagai produk makanan.

Produk Fiber ClenBeu adalah campuran minuman serbuk oren dengan psyllium dan sememangnya dihasilkan sebagai supplement kepada kesihatan dalam membantu melawaskan pembuangan air besar dan  membersihkan usus.

Justeru, ianya sangat wajar dikelaskan sebagai produk makanan.


Sijil Analisis Untuk Fiber ClenBeu


Assalammualaikum wbt.

Produk Fiber ClenBeu telah melalui ujian untuk menganalisa kandungan lemak, karbohidrat, diet fiber, gula dan protein. Ujian tersebut telah dijalankan oleh ChemVi Laboratory Sdn. Bhd., iaitu makmal yang menjalankan pelbagai ujian analisis bahan dan makanan di Malaysia pada 2 Mac 2011.

Hasil ujian menunjukkan produk Fiber ClenBeu ini tidak mengandung lemak atau dengan bahasa mudahnya mengandung 0% lemak dan sangat sesuai untuk anda yang mengamalkan diet pemakanan.

Sehubungan dengan itu, produk ini sangat baik dalam membantu melawaskan pembuangan air besar dan membersihkan usus.


Sijil Halal IFRC Asia Untuk Fiber ClenBeu


Assalammualaikum wbt.

Produk Fiber ClenBeu telah pun mendapat sijil produk halal daripada Islamic Food Research Centre Asia (IFRC Asia) mulai 5 April 2011 sehingga 4 April 2012 melalui no. sijil IFRC/P/LA/11/0059.

IFRC Asia merupakan ahli kepada World Halal Council sejak 27 November 2007 dengan no. keahlian 007. Sila rujuk sijil keahliannya di sini.

Umum mengetahui isu berkaitan sijil halal JAKIM sangat penting dan diutamakan untuk digunapakai di Malaysia. Justeru, sijil halal IFRC Asia ini merupakan langkah awal pihak syarikat untuk mendapatkan sijil halal JAKIM.


Monday, 27 February 2012

Ujian Kesahan Kesihatan Dan Keselamatan Untuk Sabun Asagharu


Assalammualaikum wbt.

Sabun Asagharu telah dihantar untuk ujian kesahan kesihatan dan keselamatan oleh Permulab Sdn. Bhd., iaitu makmal yang menjalankan analisis dan aktiviti kawalan alam sekitar di Malaysia.

Sabun Asagharu telah pun lulus ujian tersebut dengan parameter yang diambil kira semasa ujian dilaksanakan ialah tahap merkuri, kandungan alkohol dan unsur khinzir. Keputusan ujian menunjukkan sabun Asagharu tidak mengandungi ketiga-tiga unsur tersebut dan menjadikan sabun Asagharu ini sangat sesuai dan selamat untuk digunakan.

Laporan untuk sijil Ujian telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2011 dengan nombor daftar PLF-2879001-00010564-11.


Sunday, 26 February 2012

Sijil Pendaftaran Keselamatan Makanan Berpandukan Sistem HACCP Untuk Jus HyperX10


Assalammualaikum wbt.

HACCP merupakan singkatan kepada 'Hazard Analysis and Critical Control Point', iaitu suatu Sistem Pengurusan Kualiti yang menilai kemungkinan bahaya kesihatan berlaku terhadap sesuatu produk makanan dan mengambil langkah-langkah kawalan terhadap peringkat atau titik kawalan yang genting.

CCP atau titik kawalan kritikal di sini bermaksud, peringkat di mana tidak dapat dikawal, kawalan perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan bahaya kesihatan tersebut. Melalui cara ini kemungkinan bahaya kesihatan dapat dicegah daripada berlaku. Ianya suatu sistem yang dapat memberi keyakinan bahawa segala langkah kawalan yang telah diambil bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan. Sistem ini hanya menekan kepada keselamatan makanan sahaja, iaitu sebahagian daripada ciri-ciri kualiti; tetapi ia bukan suatu sistem yang mengawal kualiti.

HACCP juga bukan merupakan sistem yang memberi Risiko Sifar (Zero-Risk) tetapi suatu sistem yang terbaik dewasa ini yang dapat memberikan jaminan terhadap kemungkinan risiko keselamatan paling minima. Sistem HACCP berupaya menampung perubahan seperti rekabentuk peralatan moden/canggih, prosedur pemprosesan atau kemajuan-kemajuan teknologi dan juga boleh diapplikasikan melalui rantaian makanan dari pengeluar primer ke pengguna akhir.

Jus HyperX10 telah mendapat sijil pendaftaran daripada Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk Keselamatan Makanan Berpandukan Sistem HACCP melalui sijil bernombor H836288 mulai 30 April 2011 dan sah sehingga 29 April 2014.


Sijil Pengesahan Halal JAKIM Untuk Jus HyperX10


Assalammualaikum wbt.

Pengesahan HALAL sesuatu produk sangat penting khususnya bagi umat Islam. Justeru, produk yang mempunyai logo halal akan lebih mudah untuk menarik minat pengguna yang beragama Islam.

Jus HyperX10 juga telah mendapat sijil Halal JAKIM dengan No. Siri 011386 bernombor rujukan JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1051-12/2003. Sijil tersebut telah dikeluarkan pada 1 Disember 2009 dan sah sehingga 30 November 2011.

Buat masa ini, pihak ADAMASA sedang mendapatkan pengesahan sijil Halal yang baru daripada pihak JAKIM. Namun begitu, jus HyperX10 yang telah dihasilkan sebelum tarikh luput sijil Halal tersebut rata-rata telah dihasilkan pada bulan Jun 2011 yang lalu.


Tuesday, 7 February 2012

Bagaimana Untuk Mendaftar Ahli Baru?


Assalammualaikum wbt.

Memandangkan rangkaian ADAMASA masih baru di Malaysia ini, maka ramai di kalangan kita masih kurang faham dan jelas berkaitan rangkaian dan seterusnya produk ADAMASA ini. Insya Allah, dengan berkat sabar dan usaha tidak mustahil rangkaian ADAMASA ini akan terkenal di pasaran tempatan sebagaimana rangkaian produk yang lain.

Post kali ini kami paparkan cara-cara untuk mendaftar ahli baru. Sila anda rujuk cara-caranya seperti gambar yang telah di print screen di bawah.


Anda perlu menjadi ahli berdaftar terlebih dahulu sebelum anda boleh mendaftar ahli baru. Ahli berdaftar sewajarnya mempunyai no. ID yang bermula dengan MY1*******. Masukkan no. ID dan password anda dan klik butang Login.


Selepas login, sila ke e-Wallet > Statement. Ini adalah bertujuan untuk melihat jumlah E-Point anda.


Anda hanya boleh mendaftar ahli baru sekiranya mempunyai E-Point. Sekiranya anda tidak mempunyai E-Point maka anda tidak boleh mendaftar ahli baru. Minimum E-Point yang diperlukan untuk mendaftar ahli baru ialah 200 E-P. Sekiranya anda tidak mempunyai E-Point, sila berhubung dengan upline anda.


Kemudian, sila ke menu Membership > Geneology Tree > Horizontal Tree. Sila klik untuk ke laman seterusnya.


Selepas masuk ke laman Network Tree (Horizontal)(1/1), sila klik butang "View Organization".


Sila klik pada mana-mana ruangan kosong untuk mendaftar ahli baru. Adalah disyorkan supaya anda memenuhkan setiap level terlebih dulu (sponsor oleh anda) sebelum mendaftar ke level berikutnya.


Selepas memasuki laman Member Registration (1/8), sila semak Sponsor ID dan Upline ID terlebih dahulu sebelum menekan butang Next. Sekiranya anda membantu downline untuk mendaftar ahli baru, sila pinda Sponsor ID pada ruangan terbabit.


Pada laman Member Registration (2/8), sila isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar ahli baru. Sila klik butang Next setelah semua maklumat yang diperlukan diisi.


Pada laman Member Registration (3/8) pula, isikan kuantiti yang dikehendaki berpandukan senarai yang diberikan. Total Product mestilah bernilai 200.00. Selepas siap memilih dan mengisi kuantiti yang diperlukan, sila klik butang Next.


Setelah selesai di laman Member Registration (3/8), anda akan terus ke laman Membership (6/8). Untuk membuat pembayaran melalui e-Wallet, sila masukkan password no. ID anda sepertimana ditunjukkan pada gambar di atas untuk pengesahan. Kemudian, sila klik butang Next.


Seterusnya di laman Confirmation (7/8), semua maklumat ahli baru yang diisi akan dipaparkan semula termasuk jenis produk yang dipilih. Sila klik butang Confirmation untuk pengesahan.

Setelah anda melakukan semua langkah-langkah yang ditunjukkan di atas maka anda telah berjaya mendaftar ahli baru sebagai downline anda. Sistem akan mengambil masa selama 2 hingga 4 hari untuk pengemaskinian sebelum paparan downline kelihatan.


Monday, 30 January 2012

Mengapa Anda Perlu Sertai Rangkaian ADAMASA?


Assalammualaikum wbt.

Pernahkah anda mendengar tentang produk ADAMASA? Mungkin segelintir daripada anda telah mendengar tentang kewujudan produk ini tetapi kami percaya ramai di kalangan anda masih belum mengetahui atau baru mengenali produk ADAMASA setelah melayari laman blog ini.

Produk ADAMASA merupakan produk supplement penjagaan kesihatan dalaman dan juga luaran. Banyak supplement lain di luar sana lebih menumpukan penjagaan dalaman atau luaran sahaja tetapi produk ADAMASA ini didatangkan dengan pakej penjagaan dalaman dan luaran.

Produk ADAMASA ini merupakan produk baru di pasaran tempatan. Tidak banyak outlet yang menjual produk ADAMASA ini dan boleh dikatakan hampir tiada outlet yang menjual produk ADAMASA ini.

Produk ADAMASA ini juga masih kurang dipromosikan di internet. Anda boleh layari internet dan melakukan carian berkaitan produk ini. Ini adalah kerana produk ini masih baru di pasaran tempatan justeru masih belum ramai yang mempromosikan produk ini.

Bagaimana untuk mempromosikan produk ADAMASA ini? Caranya sangat mudah, iaitu dengan menjadi ahli berdaftar. Dengan bayaran keahlian serendah RM250.00 anda boleh menjadi ahli dengan memperolehi produk ADAMASA. Jika dibandingkan dengan bayaran keahlian untuk produk yang lain, kami percaya bayaran keahlian ADAMASA ini jauh lebih rendah dan mampu disertai oleh golongan berpendapatan rendah.

Mengapa perlu sertai rangkaian ADAMASA? Rangkaian ADAMASA adalah perniagaan berasaskan sistem jualan langsung atau lebih dikenali sebagai direct sales atau multi-level marketing (MLM).

Tidak dinafikan bila disebut tentang MLM ramai di kalangan kita yang berbelah bahagi untuk menyertai atau menjadi ahli. Ini kerana ramai di kalangan kita yang mungkin pernah 'terkandas' di dalam sistem MLM ini suatu ketika dulu dan apa yang dihebahkan tidak seperti yang diharap-harapkan.

Apa yang penting untuk menyertai sistem MLM ini ialah kemahiran berkomunikasi. Ramai di kalangan kita kurang mempunyai kemahiran ini maka dengan sebab itu tidak ramai yang berupaya untuk menyampaikan kelebihan sebenar sistem atau produk kepada individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli berdaftar rangkaian.

Jika dibandingkan dengan rangkaian produk yang lain, anda boleh lihat telah beribu-ribu individu menjadi ahli berdaftar malah ada yang mencecah ratusan ribu. Sekiranya anda menjadi ahli baru kepada rangkaian produk yang telah bertapak lama ini nescaya anda akan mengalami kesukaran untuk mencapai pangkat tertentu di dalam rangkaian dek kerana telah terlalu ramai individu yang telah menjadi ahli berdaftar.

Apakah kelebihan menjadi ahli berdaftar rangkaian ADAMASA? Disebabkan ADAMASA merupakan rangkaian yang baru maka ahli berdaftar sehingga kini masih kurang dan belum pun mencecah 300 ahli lagi (sehingga ke tarikh post ini). Justeru itu, peluang untuk anda masih terbuka luas untuk menjadi antara individu terawal yang menyertai dan menjadi ahli berdaftar rangkaian ADAMASA.

Setiap hari, puluhan individu telah menyertai rangkaian ADAMASA ini. Sehubungan dengan itu, jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian keluarga rangkaian ADAMASA dan menikmati benefit bersama-sama. Apa yang menarik tentang sistem dan pelan rangkaian ini ialah upline tidak akan berjaya sekiranya downline tidak berjaya. Ini bermaksud upline akan bersama-sama membantu downline untuk berjaya.

Tidak mengapa sekiranya anda tidak berkemahiran untuk mencari downline kerana kami akan membantu mencari downline untuk anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan menjadi ahli berdaftar bersama kumpulan kami.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kumpulan kami, hubungi kami dengan segera. Jangan lepaskan peluang emas ini. Anda mampu mengubah hidup anda.


Friday, 20 January 2012

Hubungi Kami


Saya ialah seorang bekas jururawat yang bekerja di jabatan ICU/CCU/HDU di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Lembah Kelang. Jadi, bidang perubatan dan kesihatan ini memang dalam aliran saya.

Insya Allah, berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang ada, saya akan berusaha membantu anda untuk memahami produk kesihatan ADAMASA ini dengan lebih jelas.

Sekiranya anda mempunyai soalan dan kemusykilan berkaitan produk ADAMASA ini, anda boleh menghubungi saya melalui: -

No. Telefon: 017 - 535 7207
Emel: fasha_murshida@yahoo.com

Atau boleh juga menghubungi kumpulan pengedar kami sebagaimana nama dan nombor telefon yang tertera pada Senarai Ahli di ruangan kanan blog ini..


Thursday, 19 January 2012

Kaedah Pembayaran

Pada kebiasaannya, bagi anda yang berada di sekitar kawasan Ipoh, Perak, kami akan menghantar produk ADAMASA yang dipesan terus kepada anda. Insya Allah, anda akan dapat produk ADAMASA yang dipesan itu pada hari yang sama anda pesan. Kos penghantaran bagi anda yang berada di sekitar kawasan Ipoh adalah PERCUMA. Kaedah pembayaran produk ADAMASA yang dipesan adalah dengan cara Cash On Delivery (COD).

Bagi anda yang memesan produk ADAMASA dan beralamat tempat tinggal di luar kawasan Ipoh, kos penghantaran melalui kurier/pos (pos laju) akan dikenakan bergantung kepada bilangan (berat) bungkusan yang dipos dan zon (kawasan) pos. Kaedah pembayaran produk ADAMASA yang dipesan adalah melalui perbankan internet / deposit bank / ATM deposit / ATM pindahan.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti berikut: -

No. Akaun: 162094116047

atau

No. Akaun: 1213-0067581-52-5

FASHA MURSHIDA BINTI ABDUL HAMID
Emel: fasha_murshida@yahoo.com


Nota: Terma urusniaga adalah secara TUNAI. Kami tidak menggunakan sistem kredit ataupun advanced products to customer. Harap maklum dan terima kasih.


Pelan Pemasaran ADAMASA


Assalammualaikum wbt.

Gambar di atas adalah pelan pemasaran rangkaian ADAMASA. Anda boleh klik dan zoom gambar di atas untuk melihat dan meneliti pelan pemasaran ini.

Atau anda juga boleh meneliti pelan pemasaran serba ringkas yang telah dipermudahkan untuk pemahaman seperti gambar di bawah. 

(Sila klik gambar dan zoom untuk paparan yang lebih jelas.)

Terdapat tujuh (7) peringkat komisen dalam sistem ini, iaitu: -
  1. Bonus Peribadi
  2. Bonus Perkembangan
  3. Bonus Duplikasi
  4. Bonus Loyalti
  5. Bonus Jualan Peribadi
  6. Bonus Unilevel
  7. Stokis Rebat
Apakah Bonus Peribadi?
  • Anda akan memperolehi sebanyak 50% daripada  mata PV bagi setiap keahlian baru yang di sponsor.
Apakah Bonus Perkembangan?
  • Anda akan memperolehi sebanyak 20% daripada mata PV bagi setiap kaki yang berjaya dipasangkan.
Apakah Bonus Duplikasi?
  • Anda akan memperolehi sebanyak 10% daripada mata PV bagi Level 1, 8% bagi Level 2, 7% bagi Level 3, 4% bagi Level 4 dan seterusnya.
Apakah Bonus Loyalti?
  • Bonus anda akan dipotong sebanyak 10% sehingga mencukupi nilai RM200.00 (100PV) untuk tujuan Auto Maintain dan upline akan memperolehi sebanyak 20% daripada 100PV tersebut yang berjumlah RM20.00. 
Apakah Bonus Jualan Peribadi?
  • Anda akan memperolehi sebanyak 20% daripada mata PV sekiranya jualan melebihi 100PV.
Apakah Bonus Unilevel?
  • Anda akan memperolehi sebanyak 100% pada kadar RM1.50 bagi setiap unit dari Level 1 sehingga Level 20.
Apakah Stokis Rebat?
  • Anda akan memperolehi maksimum 12% daripada mata PV dengan modal RM25,000.00 untuk menjadi stokis dan 6% daripada mata PV dengan modal RM6000.00 untuk menjadi stokis bergerak (mobile stokist).


Monday, 16 January 2012

Jadilah Ahli Berdaftar


Assalammualaikum wbt.

Produk ADAMASA merupakan produk baru di pasaran tempatan. Setakat ini terdapat empat (4) jenis produk yang dikeluarkan oleh ADAMASA, iaitu jus HyperX10, sabun Asagharu, Fiber ClenBeu dan sabun Asateen.

ADAMASA adalah sebuah syarikat yang berpejabat di Georgetown, Pulau Pinang. Produk-produk yang dijana oleh syarikat ini dihasilkan sekitar bulan April 2011 dan dipromosikan secara kecil-kecilan di internet sekitar bulan Ogos 2011.

Memandangkan produk ini masih baru maka harapan besar untuk produk ini "meletup" sebagai prospek unggul sangatlah tinggi tambahan lagi produk ini merupakan produk buatan Malaysia.

Tidak dinafikan ADAMASA juga menjalankan bisnes melalui jualan langsung (rujuk gambar di bawah). Namun, apa yang menarik adalah prospek untuk ahli baru memperoleh bonus dan komisen sangatlah tinggi jika dibandingkan dengan syarikat lain yang sudah mencecah ribuan ahli berdaftar. Sila lihat gambar di atas di mana kami merupakan ahli yang ke-251 berdaftar pada 14 Januari 2012.


Sehubungan dengan itu, cepat jangan lepaskan peluang hebat ini untuk menjadi individu berdaftar terawal dalam bisnes ini. Rebutlah peluang emas ini. Anda mampu mengubah hidup anda. Hubungi kami segera.


Sabun Asateen


Assalammualaikum wbt.

Apa itu Asateen? Asateen adalah sabun mandian yang diperbuat daripada bahan asli berasaskan pati buah manggis yang diadunkan dengan beberapa bahan asli terpilih seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Sepertimana yang kita sedia maklum, buah manggis telah melalui kajian saintis di Amerika Syarikat dan Eropah terbukti mengandungi tahap anti-oksida yang tinggi.

Buah manggis telah mendapat tempat di pasaran dunia kerana mempunyai keistimewaan tersendiri. Kajian dari pusat penyelidikan Thailand dan Amerika Syarikat mendapati isi dan kulit buah manggis mempunyai kandungan yang sangat diperlukan oleh badan manusia. Kandungan anti-oksidanya dapat membantu kesihatan dalaman badan manusia. Ia juga bagus untuk kulit dan berupaya untuk membuang toksid dari dalam dan luar tubuh manusia. Umum mengetahui banyak produk dari hasil buah manggis yang berada di pasaran mendapat permintaan yang tinggi di serata dunia.

Kelebihan Produk: -
  • Mencerahkan kulit
  • Membuat kulit lembut dan selesa
  • Mengurangkan eye-bag
  • Membuat kulit lebih cerah dan berkilau
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan garis-garis halus dan berkedut
  • Menganjal dan menegangkan kulit
  • Membantu semua jenis masalah kulit


Fiber ClenBeu


Assalammualaikum wbt.

Fiber ClenBeu terdiri daripada bahan asli semulajadi seperti alfalfa, oren dan aloevera yang dirumus khas untuk membantu sembelit dan mencuci usus manusia. Najis yang tersimpan atau tersekat dalam usus dan perut manusia boleh membawa pelbagai penyakit.

Fiber ClenBeu sangat berkesan terhadap sembelit dan mengurangkan tekanan pada usus. Pengambilan Fiber ClenBeu membantu untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.


Kandungan / Ramuan

Serbuk dan perasa oren, psyllium husk, alfalfa, aloevera, sucrose, sodium citrate, sodium bicarbonate.


Cara Pengambilan

Campurkan Fiber ClenBeu bersama segelas air suam (250ml), kacau dan minum serta-merta. Untuk kesan yang lebih baik, minum sekurang-kurangnya segelas lagi air suam selepas pengambilan Fiber ClenBeu. Ambil satu (1) atau dua (2) paket sehari.

*Nota: Wanita hamil sila dapatkan nasihat doktor perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil Fiber ClenBeu.


Khasiat Produk
  • Membantu melembutkan najis
  • Melicinkan pergerakan najis
  • Mengurangkan kesan tinggalan najis dalam usus besar
  • Mengurangkan lemak dan berat badan
  • Mengurangkan masalah perut dan usus
  • Membantu mengamalkan cara hidup yang sihat


Sunday, 15 January 2012

Sabun Asagharu


Assalammualaikum wbt.

Sabun Asagharu diperbuat daripada gaharu sebagai bahan utama, serta aloevera, minyak kelapa dan sebagainya. Sejarah perubatan tradisional sehingga kajian sains terkini telah membuktikan bahawa minyak gaharu mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya terhadap kulit manusia dan lain-lain.

Dalam perubatan masyarakat Melayu, minyak gaharu banyak digunakan untuk merawat sengal sendi, sengal badan dan lain-lain. Oleh itu, gaharu telah menarik perhatian saintis dari luar negara untuk mengkaji tentang kelebihannya termasuk Forest Biotechnology Division, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan Nuklear Malaysia (MINT).


Khasiat Produk
  • Harumannya memberi ketenangan
  • Melancarkan pengedaran darah
  • Mengurangkan eye-bag
  • Mencerahkan kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedut
  • Menganjal dan menegangkan kulit
  • Membantu segala masalah kulit


Jus HyperX10 (Concentrated)


Assalammualaikum wbt.

Deskripsi Produk

Jus HyperX10 mengandungi ekstrak kulit, isi, biji, dan tangkai buah-buahan terpilih yang menjadi bahan utama seperti manggis, maquiberi, acaiberi, bluberi, gojiberi, ceri, strawberi, anggur merah, cranberi yang diadun dengan kepekatan tinggi (5 kali berbanding jus biasa), manakala stevia digunakan untuk pemanis rasa menggantikan bahan pemanis biasa sekaligus boleh dan sesuai diamalkan oleh penghidap kencing manis.

Kulit buah manggis dipercayai mempunyai bahan antioksidan yang paling efektif, xanthone yang boleh mengatasi masalah ketuaan dan pelbagai penyakit degeneratif seperti jantung, strok, buah pinggang, hati, kanser, limfoma dan lain-lain penyakit kronik.

Dengan kandungan tertinggi sebanyak 60% dari ekstrak buah manggis dan gabungan ekstrak buah-buahan lain yang terbaik di dunia pastinya akan terbentuk satu gabungan yang kolektif serta citarasa yang tersendiri dan berbeza.

Bertindak menutralisasikan bahan paling memudaratkan, iaitu radikal bebas yang terkandung dalam tubuh. Kesan nutralisasi yang dipanggil pengoksidanan ini berupaya menghalang dan melumpuhkan kesan mudarat berantai yang dicetuskan oleh radikal bebas.


Kandungan

Jenis-jenis antioksidan dalam ekstrak utama adalah: -
  • Esktrak kulit manggis (kaya dengan xanthone)
  • Esktrak maquiberi (antioksidan tertinggi dalam buah)
  • Esktrak acaiberi (kaya dengan alpha-tocopherol)
  • Esktrak bluberi (kaya dengan resveratol, non-flavonoids)
  • Esktrak cranberi (kaya dengan resveratol, non-flavonoids)
  • Ekstrak starberi (kaya dengan flavonoid, anthocyanins)
  • Esktrak ceri (kaya dengan flavonoid)
  • Esktrak anggur merah (kaya dengan resveratol, non-flavonoids)
  • Esktrak gojiberi (kaya dengan alpha-tocopherol)

Diperkaya dan distabilkan dengan: -

Vitamin: B1, B2, B3, B6, B12, E, C, Beta carotene, lysine, choline, bitatrate, niacin, taurin, gluthatione, maltodextrin, dextrose, fructose, dan pottosium sorbete.


Cara Pengambilan Produk

Satu (1) kotak mengandung enam (6) botol jus pekat HyperX10 sebanyak 250ml setiap botol.
  • Kaedah I (Pengambilan harian): Satu (1) botol untuk kegunaan 2½ hari (100ml sehari) diminum terus atau dicampur dengan air masak / sejuk / ais (2 kali sehari - pagi & petang sebelum makan).
  • Kaedah II (Pengambilan untuk perawatan / masalah kesihatan): Satu (1) botol (250ml) untuk sehari (pagi, petang dan malam) diambil sebelum makan. Untuk kesan yang maksima perlu diambil 60 hari berturut-turut.
  • Kaedah III (Pengambilan untuk diet): Satu (1) botol sehari diambil sebelum sarapan pagi, ambil makan tengah hari yang minima dan di waktu petang sebelum pukul 6.00 petang. Tidak perlu makan malam kerana HyperX10 memberi tenaga yang mencukupi. Lakukan secara berterusan mengikut berat idaman anda.

 Khasiat Produk
  • Meningkatkan tenaga
  • Anti-allergi
  • Menurunkan tekanan darah
  • Melindungi hati
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mengawal gula dalam darah
  • Anti-ulser dan masalah digestif
  • Memperbaiki masalah kulit
  • Mengurangkan kesakitan sendi dan tulang
  • Meningkatkan sistem imuniti
  • Menjaga kesihatan gusi
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Melengahkan kemudaratan akibat kanser
  • Melambatkan pembentukan atherrosclerosis
  • Membantu pengedaran darah
  • Membantu kesihatan otak
  • Membantu kesihatan mata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...